Berita

Flip Wars: Permainan Eksklusif Nintendo Switch Akan Datang Pada Ogos Ini

Diolah oleh hang92

Flip Wars, juga dikenali sebagai Projek Mekuru akan dilancarkan pada platform Nintendo Switch pada Ogos ini

Nintendo telah membariskan beberapa tajuk permainan yang bakal dipersembahkan di pentas San Diego Comic-Con 2017. Antara tajuk permainan yang telah dicanangkan adalah seperti Super Mario Odyssey, Mario + Rabbids Kingdom Battle, Hey! Pikmin, dan Miitopia. Selain itu ada juga tajuk lain seperti Flip Wars, dimana permainan ini akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada 10 Ogos.
Bagi sesiapa yang tidak mengenali Flip Wars, permainan ini merupakan permainan multiplayer dimana pemain perlu mengalahkan pemain lain dengan cara memijak kotak dan menterbalikan pemain lawan serta mengeluarkan lawan daripada kotak permainan.
Terdapat juga mod permainan lain seperti menukar warna kotak permainan secepat yang mungkin dan mengutip kuasa yang bertebaran di ruangan kotak tersebut.
Anda boleh saksikan video treler tersebut dibawah.
Flip Wars akan dilancarkan pada Ogos ini di Nintendo Switch eShop.
sumber: dualshockers
Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.