Berita

Fon Kepala Assassin’s Creed Origins Bercirikan Emas 18 Karat Ini Berharga RM 253,890

ac-creed-origins-headphone
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Assassin’s Creed: Origins, tajuk terbaru dalam siri AC Creed akan hadir ke pasaran hujung bulan ini. Francais yang cukup popular yang telah mengeluarkan tajuk baru setiap tahun sejak debut permainan pertama yang bertajuk Assassin’s Creed pada tahun 2007.

Namun perbezaan antara permainan ini dan yang sebelumnya adalah pemaju Ubisoft mengambil keputusan untuk berehat dari kitaran pelepasan tajuk baru setiap tahun  agar mereka dapat merombak keseluruhan siri ini.

Maka selepas dua tahun, francais ini akan kembali tahun ini dan peminat sudah pasti inginkan sesuatu barangan yang menarik bertemakan tajuk terbaru francais ini.

Kini peminat Assassin’s Creed yang memerlukan fon kepala boleh mendapatkannya dari Ubisoft UK Store. Mereka mempunyai set “Tanpa  Wayar” Bluetooth dengan jarak 15 meter, hayat bateri 20 jam, tindak balas frekuensi 15Hz-22kHz, bersama dengan logo Assassin’s Creed di setiap fon kepala. Tetapi peminat yang ingin mendapatkan fon kepala ini perlulah membelanjakan sebanyak USD 60,000 (~RM 253,890) agar fon kepala yang direka khas ini menjadi milik anda.

ac-creed-fon-kepala

The Assassin’s Creed: Origins Utopia oleh Tournaire fon kepala buatan tangan direka khas dengan bantuan artis 3D, seorang penggubah seni, dan seorang tukang emas, yang semuanya “bekerja sama dengan Tournaire selama beberapa bulan.”

Hanya sepuluh dari set fon kepala ini akan dijual kepada orang ramai, dan akan dijual dengan tanda harga USD 60,000 (~RM 253,890). Bagi mereka yang ingin mendapat set fon kepala ini, Tournaire menerima bayaran melalui kad kredit dan PayPal.

Sumber: mxdwn

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.