Berita

For Honor: Jumlah Pemain Yang Sedikit Adalah Berita Palsu Kata Wakil Ubisoft

Diolah oleh Konsol

Sejak kebelakangan ini, kita banyak mendengar tentang berita bahawa jumlah pemain bagi permainan For Honor yang telah merundum dengan drastik sekali sejak permainan ini mula diperkenalkan kepada umum pada 14 Februari yang lepas.

Berita tentang penyusutan jumlah pemain ini sering kali dikaitkan dengan jumlah penurunan pemain berdasarkan muat turun dan bilangan pemain bagi platform Steam iaitu salah satu platform bagi pengguna PC untuk memuat turun permainan video.

Walaubagaimana pun, jumlah pengiraan pemain berdasarkan platform Steam semata-mata dianggap tidak adil bagi pihak Ubisoft kerana jumlah keseluruhan pemain bagi permainan For Honor perlulah dikira berdasarkan kepada kesemua platform yang boleh memainkan permainan ini termasuk Playstation 4 dan Xbox One.

Memetik kata-kata salah seorang wakil Ubisoft, beliau mengatakan berita tentang jumlah penurunan drastik pemain permainan For Honor ini tentunya tidak benar sama sekali dan beliau juga menggelarkan berita ini hanyalah “Berita Palsu” yang diedarkan bagi memburukkan imej permainan For Honor.

Beliau juga menambah:

“Permainan For Honor mempunyai ramai pemain. Terpulang kepada anda mahu percaya atau tidak bagi sebaran berita palsu ini. Permainan For Honor mempunyai ramai pemain”

Rumusan

Kalau benar kata wakil Ubisoft, memang tidak patut penyebaran berita palsu seperti ini dilakukan semata-mata ingin memburukkan lagi imej permainan For Honor dan juga Ubisoft.

Tetapi pada hemat kami, mungkin berita tentang penurunan drastik pemain permainan For Honor ada kebenarannya juga kerana bak kata perpatah “Jika tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang”.

Jom kita sembang mengenai pendapat dan pandangan anda tentang berita ini? Sila tuliskannya diruangan komen.

Pendapat dan pandangan anda amat kami hargai 🙂

Sumber: GamingBolt

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.