Ura-ura

For Honor – Inilah Seni Pertempuran Dalam Permainan

Diolah oleh Along Naz

Untuk maruah!

Jika diberikan 3 pilihan watak utama dalam permainan, adakah anda akan memilih untuk menjadi kesatria, viking atau samurai?

Melangkah ke medan pertempuran sebagai Pahlawan Kesatria, Viking dan Samurai, antara tiga legasi pahlawan terbaik yang pernah wujud. For Honor adalah permainan yang melibatkan kepantasan, pengalaman dan juga kemahiran dalam menghadapi situasi pertempuran yang tidak pernah dilihat sebelum ini. Secara jelasnya, For Honor tampil menawarkan anda sebuah kempen permainan yang menarik dan mendebarkan.

Kempen permainan For Honor adalah sebuah kisah pahlawan di mana anda akan dijelmakan sebagai hero dalam tiga puak pahlawan. Situasi cemas semasa menyerang istana serta pelbagai halangan lain, dan pertempuran skala besar selain berdepan dengan ketua yang telah mati — bagaimana hendak membunuh orang yang dah mati?

Anda memerlukan segala kemahiran dan kecerdasan bagi memastikan kelangsungan hidup kumpulan anda serta perlu menggagalkan rancangan ketua anda yang kejam.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.