Berita

Fortnite: Berlawan Raksasa Sambil Membina Kubu Pada 25 Julai Ini

fortnte
Diolah oleh hang92

Epic Games telah melancarkan satu video baru tentang permainan aksi sambil membina bangunan mereka iaitu Fortnite, anda boleh saksikan video tersebut di bawah. Dicipta menggunakan teknologi Unreal Engine 4, video ini memberi kita grafik yang menarik sepanjang permainan dimainkan.

Fortnite akan boleh mulai didapatkan pada 25 Julai ini. Ini adalah keterangan mengenai video tersebut.

Malapetaka datang tanpa memberi amaran. Sebanyak 98% populasi dunia telah pun pupus, kemudian datang pula raksasa. Anda perlu mengetuai sekumpulan Heroes untuk melawan semula malapetaka ini. Anda akan membina kubu besar, mencipta senjata unik, mencari harta karun, dan naiktaraf Heroes anda. Permainan ini juga boleh dimainkan seramai 4 orang melalui mod kerjasama.

Permainan ini boleh dimainkan mulai 25 Julai untuk platform PlayStation 4, Xbox One and PC.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.