Berita

Forza Motorsport 7 Menampilkan Porsche 911 GT2 RS di Litar Dubai Pada Xbox One X

forza-motorsport-7
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Semasa Expo GameStop di Las Vegas, Microsoft dan Turn 10 Studios mempamerkan sedikit permainan Forza Motorsport 7.

Kita dapat melihat litar perlumbaan Dubai, aksi perlumbaan Porsche 911 GT2 RS terbaru, yang juga kereta yang menghiasi muka hadapan permainan ini.

Paling menarik, kita dapat melihat formasi berbatu di landasan yang diambil daripada inspirasi filem Star Wars, dan litar Dubai kelihatan seperti di Tatooine.

Permainan ini dimainkan di Xbox One X, walaupun siaran di Twitch sebenarnya tidak menyokong resolusi 4K asli dan 60 FPS.

Anda boleh melihat rakaman aksi perlumbaan Porsche 911 GT2 RS seperti di bawah;

Forza Motorsport 7 akan dilancarkan pada 3 Oktober ini untuk Xbox One dan Windows 10. Ia akan menerima kemas kini untuk Xbox One X apabila pelancaran konsol pada 7 November.

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Treler Terbaru Forza 7 Menunjukkan Keindahan Grafik Dan Cara Permainan Pada Xbox One X

Kereta Regalia Dari Final Fantasy 15 Akan Dimasukkan Ke Dalam Permainan Forza Horizon 3

Forza Motosport 7: Permainan Lumba Kereta Eksklusif Dari Microsoft

Forza Horizon 3 dan Hot Wheels Bergabung Di Dalam Permainan Dan Ianya Nampak Menarik

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.