Berita

Forza Motorsport 7 Telah Bersedia Untuk Dilancarkan; Demo Akan Hadir September Ini

forza-7
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Pasukan disebalik permainan Forza telah mengumumkan bahawa kemasukan terkini dalam siri ini, Forza Motorsport 7 secara rasmi telah bersedia untuk dipasarkan, yang bermaksud ianya akan dihantar untuk pengeluaran dan penjualan secara besar-besaran.

Walaubagaimanapun, berita yang lebih menarik untuk peminat Forza adalah bahawa versi demo Forza 7 akan hadir beberapa minggu lagi.

Pemain di platform Xbox One dan Windows 10 akan memperoleh demo Forza Motorsport 7 bermula pada 19 September ini. Jika anda tidak pernah memainkan permainan Forza, maka inilah masanya untuk anda mencuba siri Forza yang terbaru.

Secara keseluruhannya, demo ini bertujuan mempamerkan tiga pengalaman yang berbeza,  berlumba dengan kereta Porsche 911 GT2 RS di litar Dubai,  Mercedes-Benz Tankpool di sekitar litar Mugello di Itali dan Nissan NISMO GT-R LM di sekitar litar Grand Prix Nürburgring dengan pelbagai keadaan trek yang dinamik.

Akhir sekali, sebuah iklan rasmi Forza Motorsport 7 telah dilancarkan, memaparkan sedikit “kereta bermuzik” dengan pelawak Adam Corolla dan pemandu rali profesional Ken Block. Lihat ia di bawah:

Forza Motorsport 7 akan dilancarkan sepenuhnya pada 3 Oktober, tetapi pemilik Ultimate Edition boleh mula bermain pada awal 29 September. Permainan ini akan menampilkan lebih daripada 700 buah kereta, dan beberapa trek terkenal dari seluruh dunia.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Forza Motorsport 7 Menampilkan Porsche 911 GT2 RS di Litar Dubai Pada Xbox One X

Treler Terbaru Forza 7 Menunjukkan Keindahan Grafik Dan Cara Permainan Pada Xbox One X

Kereta Regalia Dari Final Fantasy 15 Akan Dimasukkan Ke Dalam Permainan Forza Horizon 3

Forza Motosport 7: Permainan Lumba Kereta Eksklusif Dari Microsoft

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.