Berita

Forza Motosport 7: Permainan Lumba Kereta Eksklusif Dari Microsoft

Diolah oleh hang92

Hari ini semasa persidangan Microsoft pada E3 2017, syarikat itu telah mengumumkan permainan lumba kereta eksklusif Xbox iaitu Forza Motorsport 7. Salah satu siri permainan yang menjadikan Xbox ini terkenal.

Permainan ini akan dikeluarkan pada 3 Oktober untuk Xbox One dan juga PC. Permainan ini juga sudah tentu boleh dimainkan pada konsol terbaru Microsoft iaitu Xbox One X dimana ianya akan memaparkan grafik jauh lebih baik.

Permainan ini akan menggunakan resolusi 4K, pada 60 FPS.  Terdapat lebih daripada 700 kereta dalam permainan.

sumber : gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.