Tips

FRIDAY THE 13TH : Bagaimana Hendak Membunuh Jason Di Dalam Permainan Ini

Diolah oleh Along Naz

Akhirnya permainan Friday The 13Th: The Game sudah boleh dimainkan pada kebanyakkan platform.

Pastinya, sekian lama para peminat permainan genre seram ini telah menanti dengan penuh kesabaran untuk menyaksikan kemunculan semula ikon ‘si pemenggal’ Jason Voorhees dalam dunia permainan video ini.

Sebagai rekod, permainan ini asalnya  mula diperkenalkan dalam Kickstarter pada Oktober 2015 yang turut melibatkan pencipta permainan ini Sean S. Cunningham, Tom Savini dan Kane Hodder, lelaki yang memegang watak Jason dalam permainan ini.

Adalah mustahil untuk pemain di dalam permainan ini untuk membunuh Jason walaupun menggunakan parang yang besar, hal ini kerana kulit Jason kini tidak lagi merasa kesakitan akibat kehilangan deria rasa.

Tetapi, ada pemain di luar sana telah menjumpai rahsia untuk membunuh Jason di dalam permainan ini. Tetapi sebelum anda perlu mengikuti beberapa langkah untuk memastikan rancangan ini berjaya.

Langkah 1 : Cari Tempat Tinggal Jason

Mula sahaja permainan ini, perkara pertama yang anda ingin cari ialah tempat tinggal Jason. Anda akan menjumpai sebuah rumah lama yang sudah usang.

Langkah 2 : Pakai Baju Panas Kepunyaan Ibu Jason

Image result for jason voorhees shack

Setelah anda menjumpai rumah tempat tinggal Jason, anda perlu mencari baju panas kepunyaan ibu Jason. Baju panas ini akan terletak di sebelah kepala emak Jason — errgghh

Tapi sebelum itu, pastikan anda memilih watak kaunselor perempuan sebelum mengutip baju panas tersebut.

Langkah 3 : Buat Panggilan Kepada Tommy Jarvis

Image result for tommy jarvis game

Untuk membuat panggilan kepada Tommy, seorang pemain lain perlu bermain sebagai kaunselor dan perlu mati dibunuh oleh Jason.

Kemudian selepas hidup semula, anda perlu memilih Tommy Jarvis sebagai watak baru. Pastikan anda dilengkapi senapang patah dan parang sebelum anda beraksi semula.

Langkah 4 : Serang Jason Dan Buka Topengnya

Related image

Kaunselor perempuan tadi perlu menyerang Jason sehingga terbuka topengnya. Setiap kulit Jason adalah berlainan, namun pastikan hanya tinggal kulit yang terakhir yang tinggal, muka Jason akan kelihatan berbeza.

Langkah 5 : Tommy Perlu Mengambil Topeng Jason

Selepas menyerang Jason, topengnya akan jatuh. Pemain yang bermain sebagai Tommy perlu mengambil topeng Jason. Hanya Tommy sahaja yang dibenarkan untuk mengambil topeng tersebut.

Langkah 6 : Baju Panas Tersebut Akan Memaku Jason

Apabila topeng tersebut diambil, kaunselor perempuan pada Langkah 1 akan mengaktifkan baju panas kepunyaan Jason. Selepas itu, Jason seakan seperti terpukau dan terpaku melihat kaunselor perempuan tadi.

Kaunselor perempuan itu perlu menyerang Jason dan ini akan menyebabkan Jason melutut kesakitan.

Langkah 7 : Tommy Membunuh Jason

Pemain yang menggunakan watak Jason akan terus menyerang Jason sementara Jason berlutut. Jika berjaya, sebuah video pendek akan keluar tanda anda telah berjaya membunuh Jason.

Langkah 8 : Tahniah dan Selamat Mencuba

Cuba kita saksikan video cara membunuh Jason di bawah ini

Friday The 13Th: The Game boleh dimainkan untuk paltform PS4, Xbox One dan Steam.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

Friday the 13th : Bersedia Untuk Berjumpa Dengan Jason Pada 26 Mei

5 Permainan Yang Banyak Adegan Mengejutkan

10 Permainan Seram Terbaik Sepanjang Zaman