Berita

Friday the 13th : Bersedia Untuk Berjumpa Dengan Jason Pada 26 Mei

Diolah oleh hang92

Bagi sesiapa yang sudah pernah menyaksikan perlawanan hoki ais sudah tentu anda kenal dengan topeng hoki yang digunakan oleh Jason ini.

Permainan ini akan datang kepada anda pada 26 Mei, dan untuk pengetahuan anda permainan ini hanya boleh didapati dalam talian sahaja.

Anda akan sama ada akan mengambil alih peranan sebagai pembunuh kejam Jason Voorhees atau menjadi mangsanya. Pilihan adalah di tangan anda. Jika anda memilih untuk menjadi mangsa anda akan cuba melarikan diri dalam permainan ini.

Seramai lapan pemain dalam permainan bermotifkan pembunuhan kejam ini boleh bermain secara serentak.

Image result for friday the 13th game

Jika anda menyaksikan treler dibawah ianya menunjukkan bagaimana seorang gadis yang sarat dengan kosmetik menjadi mangsa. Permainan ini akan berlatarbelakangkan Camp Lake Crystal, Higgins Haven, dan Packanack Lodge.

Mungkin grafik permainan ini agak kasar namun permainan ini ternyata boleh membuahkan keseronokan kepada semua pemain.

sumber : pushsquare

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.