Android & iOS

Futurama: World of Tomorrow Kini Boleh Didapati Di App Store dan Google Play

Futurama: Worlds of Tomorrow
Diolah oleh hang92

Jam City telah melancarkan permainan berdasarkan siri kartun popular Futurama: Worlds of Tomorrow pada platoform iOS dan Android. Permainan yang asalnya merupakan idea daripada penulis Futurama itu sendiri, Matt Groening berkisarkan tentang katak misteri Hypnotoad.

Futurama ialah sebuah siri kartun TV popular yang direka oleh pereka siri kartun yang sama The Simpsons, Matt Groening. Siri kartun ini ditayangkan sejak tahun 1999 hingga 2013, dan sejak daripada itu Matt Groening telah mendapat banyak permintaan daripada peminat setia Futurama untuk menghasilkan permainan yang berdasarkan siri kartun ini.

Permainan ini akan mengisahkan tentang pengembaraan ahli keluarga Futurama untuk merentas galaksi dalam misi mencari artifak makhluk asing yang tidak sengaja ditukarkan oleh Hypnotoad. Futurama: Worlds of Tomorrow menggabungkan pelbagai animasi, pertempuran, penjelajahan galaksi dan anda boleh memilih bagaimana cara untuk anda bermain permainan ini.

“Hypnotoad merupakan makhluk amfibia yang paling misteri dalam siri kartun Futurama. Di dalam permainan ini, anda boleh belajar tentang keupayaan sebenar makhluk ini dan cara ianya bersenyawa. Mungkin banyak lagi anda akan belajar” kata Matt Groening

Jam City berharap yang terbaik untuk permainan Futurama ini, Josh Yguado, presiden syarikat Jam City, berkata bahawa jika permainan dapat mengekalkan momentum para peminat Futurama, maka mereka akan menjana keuntungan dan ini penting untuk mereka memecah monopoli syarikat permainan mudah alih lain seperti King, MZ, dan Supercell.

sumber: venturebeat

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.