Berita

Game of Thrones Dari Bethesda Adalah Khabar Angin Semata-mata, Target Mengesahkan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Selepas peminat dikhabarkan dengan spekulasi apabila laman web Target menampilkan penyenaraian misteri untuk permainan baru Bethesda yang bertajuk Game of Thrones, kini Target telah menafikan semua khabar angin tentang perkara ini.

games-of-thrones

Bercakap dengan Forbes, jurucakap Target mengesahkan bahawa permainan RPG Game of Thrones dari Bethesda bukan produk sebenar.

Memandangkan populariti Game of Thrones dan ciri permainan RPG Bethesda, perkara ini kelihatan seperti pinang dibelah dua, tetapi sayangnya ia tidak akan berlaku, sekurang-kurangnya dalam masa yang terdekat ini.

game-of-thrones-tellatale-games

Bagi mereka yang mengidamkan permainan Game of Thrones yang baru, anda boleh menantikan musim kedua permainan Game of Thrones daripada Telltale Games. Tetapi masih belum diketahui bilakah episod seterusnya akan dikeluarkan, terutamanya dengan pemaju yang kini sibuk dengan tajuk lain seperti The Walking Dead, Guardians of the Galaxy, dan Batman: The Enemy Within.

Sumber: wccftech

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.