Android & iOS

Garfield GO: Berusaha Untuk Memberi Makan Kepada Kucing Pemalas Ini

Diolah oleh hang92

Garfield GO! memerlukan anda untuk mencari harta di pelbagai lokasi kehidupan sebenar menggunakan plaform AR, augmented reality, realiti tiruan.

Jika anda kaitkan permainan ini dengan Pokemon GO, tepat sekali memang ianya mempunyai ciri seakan Pokemon Go cuma kali ini anda perlu mencari harta dan bukannya Pokemon.

Terdapat berjuta-juta lokasi untuk memburu, dan anda akan dihadiahkan dengan nilai wang sebenar. Kami tidak pasti apa yang dalam bentuk apa wang sebenar ini, tetapi anda boleh menebus nilai ini di pelbagai tempat seperti Amazon, Dominos, dan Starbucks.

Image result for garfield go

Anda juga boleh mengumpul beratus-ratus komik Garfield, bermain permainan mini untuk mendapatkan makanan percuma, dan menonton animasi yang terbaru.

Permainan ini juga mempunyai suara Garfield yang asal.

Adakah Garfield Go ini akan mewujudkan gaya terkini seperti yang dilancarkan oleh Pokemon GO pada waktu dahulu? Atau adakah permainan ini akan mencetus fenomena mengalahkan Mawi semasa AF3?

Hanya anda sahaja yang layak menentukan dalam permainan Garfield GO ini. Muat turun sekarang di Google Play. Atau semak maklumat lanjut di laman web rasmi Garfield GO

sumber: droidgamers

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.