Berita

Gel Rambut Bertemakan Guile Kini Dikeluarkan Di Jepun

Diolah oleh hang92

Jika anda sering tertanya-tanya pada diri sendiri atau rakan-rakan anda bagaimana caranya Guile sentiasa tampak kemas dan segar dengan rambut flat-topnya, Capcom baru sahaja mendedahkan rahsia penjagaan rambut berseri ini.

Sebagai memperingati ulang tahun ke 30 permainan terkenal Street Fighter, gel rambut yang bertemakan Guile kini telah berada di dalam pasaran secara rasmi.

Walaupun iklan ini ternyata daripada negara Jepun, dan barangan ini hanya dijual di Jepun, mungkin kita di Malaysia juga akan menerima kehadiran gel rambut istimewa bertemakan Guile ini.

Bermain Street Fighter V sambil memacakkan rambut ala-ala Guile, anda pasti akan beroleh kemenangan dengan mana-mana seteru anda – kemenangan gaya

sumber:  GoNintendoTweet (Twitter)

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Bekas Pembangun Street Fighter Meminta Jasa Orang Ramai Untuk Menaja Permainan Baru Ciptaan Beliau, Fantasy Strike

Street Fighter IV: Champion Edition Membawa Pertarungan Dari Konsol Ke iOS

Street Fighter 5 : Capcom Mencipta Kontroversi Dengan Bacaan Ayat Suci Islam

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.