Berita

God Eater 3 Diumumkan Secara Rasmi Oleh Bandai Namco

Diolah oleh Konsol

Baru-baru ini pihak Bandai Namco telah secara rasmi mengumumkan permainan berbentuk RPG (role-playing game) terbaru yang dinamakan God Eater 3.

Permainan aksi RPG generasi ketiga ini bakal mengikut jejak langkah siri permainan RPG God Eater 2: Rage Burst yang turut menawarkan permainan berbentuk aksi yang sangat menarik. Tambahan pula, permainan RPG God Eater ini memang dibangunkan khas untuk platform konsol seperti Playstation dan Xbox.

Secara ringkasnya, permainan ini akan membawakan jalan cerita dimana makhluk yang amat dibenci oleh manusia iaitu Aragami terus menerus melakukan kemusnahan dimuka bumi, dan sebagai hero didalam permainan ini, tanggungjawab untuk menyelamatkan bumi dan seluruh umat manusia di letakkan dibahu anda.

Permainan ini akan dilancarkan kelak termasuk di pasaran Malaysia. Walaupun jalan ceritanya tidak terlalu berkaitan dengan tajuk permainan ini, tetapi kami rasakan nama permainan ini sedikit sensitif di pasaran Asia Tenggara dimana kebanyakkan penduduknya beragama Islam.

Itu pandangan kami, apa kata anda pula?

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.