Ulasan

God of War: Anak Kratos Tidak Akan Membebankan Ayahnya, Itu Kata Pembikin

Diolah oleh hang92

Sejak God of War diperkenalkan pada E3 tahun lepas, ramai pemain tidak sabar dan kebanyakan maklumbalas kepada permainan ini adalah sangat positif.

Namun, sesesetengah pendapat daripada pemain telah menyuarakan beberapa kebimbangan. Dan salah satu pendapat mereka ialah mengenai anak Kratos. Anak Kratos yang bernama Atreus (kemungkinan) ini akan mengiringi Kratos untuk sepanjang permainan, cumanya Atreus akan menjadi beban semasa pengembaraan Kratos ini nanti, sama seperti Ellie yang membebankan Joel dalam permainan The Last of Us.

Image result for ellie tlou gif

Walau bagaimanapun, semasa God of War dibincangkan di persidangan E3, pasukan pembikin permainan, termasuk pengarah permainan Cory Balrog, telah berkata bahawa Atreus tidak akan menyusahkan Kratos kerana Atreus mempunyai kecerdasan buatan, artificial inteligence yang tinggi.

Pasukan pembangunan juga memastikan bahawa anak Kratos tidak akan menjadi liabiliti kepada pemain, dan juga memberikan beberapa contoh pergerakan AI anak Kratos semasa sedang bertempur.

Image result for son of kratos gif

Dengan ini jelas bahawa pihak pembangun telah melihat isu ini sebagai isu sebenar di dalam permainan, jadi mereka telah melakukan ujian terlebih dahulu untuk memastikan bahawa isu ini tidak akan berlaku.

Anda boleh menonton treler dibawah sempena persidangan E3 Sony untuk melihat beberapa pertempuran yang melibatkan anak Kratos dan Kratos sendiri.

Jadi, adakah anak Kratos ini akan menyusahkan anda kelak?

sumber: gamingbolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook konsol.my jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.