Berita

God Of War: Mengapa Kratos Tidak Menggunakan Blade of Chaos Pada Siri Terbaru Ini

Diolah oleh Konsol

Pada sesiapa yang mengikuti permainan God Of War, pasti anda akan mengingati senjata ikonik pada watak protagonis disayangi ramai Kratos, iaitu bilah kucar-kacir, Blade of Chaos

Tetapi adakah anda perasan bahawa, pada siri permainan God Of War yang bakal dilancarkan kelak ini. Kratos tidak lagi menggunakan senjata terbabit.

Ini telah menimbulkan pelbagai tanda tanya kerana bilah kucar-kacir ini adalah senjata kegemaran semua pemain siri God Of War sebelum ini.

Boleh dikatakan bilah kucar-kacir ini terlalu sinonim dengan watak Kratos. Dimana ada Kratos, disitulah juga ada bilah kucar kacir. Dimana ada bilah kucar kacir, disitulah ada Kratos.

Jadi agaklah mengecewakan apabila siri terbaru yang akan dilancarkan kelak bakal tidak melibatkan senjata ini.

Bilah kucar-kacir ini sering menjadi kegemaran para pemain watak Kratos kerana ia adalah senjata yang serba boleh, disamping mempunyai fleksibiliti yang tinggi serta mudah untuk menyerang watak-watak lain ketika menggunakan senjata ini.

Adakah ini semua hanyalah suatu helah permasaran yang dilakukan oleh pihak pengeluar permainan ini ataupun ia adalah berita yang benar?

Mungkin pengarah Cory Barlog ada jawapannya. Memetik kata-kata beliau baru-baru ini bahawa:-

“Sebenarnya ia sesuatu yang tidak masuk akal bagi bilah kucar kacir untuk terus berada di dalam siri permainan ini. Kami telah pun menguji sejumlah senjata yang berlainan dan juga benda yang berbeza-beza. Saya merasakan yang kami ingin mencipta sebuah identiti yang berbeza bagi Kratos, ini kerana bilah kucar kacir lebih sinonim kepada zaman gelap Kratos. Bilah kucar-kacir ini bukan hanya senjata bagi Kratos, tetapi ia umpama kehidupan kepada Kratos”

Berdasarkan petikan yang dikeluarkan oleh pengarah kepada permainan ini, ia lebih mengelirukan kerana beliau mengatakan bahawa mereka mahu mewujudkan suatu pengalaman baru kepada pemain ketika memainkan watak Kratos.

Baca Juga: God of War – Be A Warrior : Treler Dalam Permainan Dipertontonkan

Bagaimanapun, di akhir perenggan, beliau mengatakan bahawa bilah kucar-kacir telah pun sebati dengan watak Kratos dan ia sepatutnya terus dijadikan senjata pilihan untuk permainan ini.

Apapun, mari kita nantikan permainan ini apabila ia dilancarkan kelak.

Adakah benar bahawa senjata kesayangan ramai ini akan dihapuskan dari siri permainan ini, atau ia akan menjadi hadiah tersembunyi untuk di nyah-kunci ketika bermain permainan ini.

Sama-sama kita nantikan.

Sumber: GamingBolt

Baca Juga: God of War : Siapakah Nama Untuk Anak Kratos?

Apa kata anda? Kongsikan bersama kami 🙂

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook konsol.my jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.