Berita Pilihan Kami

God of War : Sah Akan Dilancarkan 29 Disember 2017

Diolah oleh hang92

Jika sesiapa yang tahu tarikh tepat untuk keluaran God Of War adalah suara bagi watak Kratos itu sendiri, Christopher Judge.

Dia telah menyumbang suara untuk Kratos pada permainan ini dan semua orang tahu bahawa akaun Twitter beliau telah menyatakan tahun 2017 sebagai tarikh yang pasti akan dikeluarkan permainan ini.

Banyak juga bukti lain yang menunjukkan tarikh pelancaran permainan ini. Sebagai contoh, iklan God Of War baru-baru ini telah muncul di Sepanyol, sesuatu yang biasanya berlaku sebelum tarikh pelancaran yang sudah dekat.

Yang paling menarik ialah apabila Sony telah meletakkan poster di jalanan sempena hari bapa.

Poster ini boleh diterjemahkan sebagai ‘abah saya boleh memukul abah anda’ (Selamat Hari Bapa!) — bila hari bapa ek?

Selain itu, pasaran barangan atas talian terbesar di dunia, Amazon juga telah menyatakan tarikh pelancaran permainan ini jatuh pada  29 Disember 2017.

Itu sahaja buat masa ini yang kami tahu, jika ada apa-apa kemaskini, kami akan segera menyampaikan kepada anda.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.