Berita

God of War : Siapakah Nama Untuk Anak Kratos?

Diolah oleh hang92

Jika kita lihat trailer God of War terbaru ini, Kratos hanya menyebut dan memanggil anaknya sebagai ‘Boy’.

Sony sangat bertegas dalam prinsip kerahsiaan mereka tentang jangan memberi terlalu banyak info kepada peminat.

PERENGGAN INDUKTIF

Terdapat juga beberapa analisis oleh peminat mengenai tatu yang dilihat dalam trailer pada lengan Kratos tetapi tidak dapat ditafsirkan kerana hanya sebahagian tatu sahaja yang kelihatan.

Walaubagaimanapun, ada peminat permainan ini tidak berputus asa, mereka mencuba cara lain. Peminat ini menganalisis runut bunyi permainan pada trailer dan akhirnya lagu tersebut telah dikenalpasti sebagai lagu ‘Little Godling’ — sampai begitu sekali

Dalam sesi pengenalan ‘God Of War E3 pada 2016,  runut bunyi ini boleh didapati pada  Overture Live dan ada perkataan ‘Pengenalan kepada Kratos dan Atreus’.

KLIMAKS

Akhirnya, pengarah kreatif yang bertanggungjawab kepada permainan GOW ini, Cory Barlog mengesahkan perkara ini bahawa Atreus adalah nama anak lelaki kepada Kratos.

Jadi siapa dia Atreus? Dia adalah anak Pelops dan cucu kepada Zeus, yang akan bekerjasama dengan Kratos sebagai ayahnya.

Kalau anda ada belajar tentang sejarah mistik Greek, Atreus telah dibuang negeri setelah membunuh abangnya dan akhirnya menjadi raja Mycenae di Greece.

Kita sudah pasti tahu bagaimana Atreus berperanan dalam permainan ini. Di dalam trailer, semasa mengiringi Kratos dia boleh berlawan bersama-sama dengan bapanya, pemain akan membantu Atreus untuk mensasarkan anak panah kepada sesiapa yang Kratos sedang berlawan.

Anda sebenarnya bermain sebagai Kratos, selain daripada arahan kecil berbentuk interaktif di mana anda boleh mengarahkan Atreus serta melatih dia untuk meningkatkan kemahiran Atreus.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook konsol.my jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.