Ura-ura

God Of War: Ura-Ura Akan Dilancarkan Pada Bulan September 2017

Diolah oleh Konsol

Permainan God Of War telah diumumkan pada E3 tahun lepas. Walaubagaimanapun, setelah pengumuman itu, tidak banyak berita lanjut yang kita dengari sehingga kini tentang tarikh pelancaran, spesifikasi dan sebagainya.

Disebabkan itu, kebanyakan pihak membuat kesimpulan bahawa permainan God Of War ini mungkin tidak akan dilancarkan pada tahun 2017 ini.

Masakan tidak, ketika E3 ramai telah memasang niat yang berkobar-kobar untuk bermain permainan ini, alih-alih mereka senyap begitu je ermmm…

Tetapi, baru-baru ini muncul harapan baru kepada penantian ini kerana sebuah portal gaming berasal dari negara penjajah kepulauan melayu Melaka iaitu Portuguese retailer Gaming Replay telah mengubah tarikh pelancaran bagi permainan God Of War kepada 14 September 2017.

Adakah ini bermakna permainan God Of War yang dinanti ramai ini akan dilancarkan pada tahun ini?

Mungkinkah ini hanyalah satu gimik pemasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk menaikkan rating?

Sama-sama lah kita berharap untuk mendapat berita gembira pada E3 yang bakal berlangsung pada bulan hadapan.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Sumber: GamingBolt