Berita

Golf Story: Antara Permainan Indie Yang Mengagumkan

Diolah oleh Along Naz

Terdapat banyak tajuk permainan indie yang menarik melalui platform Nintendo Switch. Dan akan datang, permainan Golf Story merupakan salah satu tajuk permainan yang akan dilancarkan.

Permainan yang dibangunkan oleh Sidebar Games ini secara visualnya mengingatkan kita kepada permainan legenda Stardew Valley. Mengagumkan.

Jadi di sini, kami kongsikan beberapa maklumat tentang permainan ini. Oh ya, permainan ini akan dilancarkan melalui platform Nintendo Switch. Jadi peminat Switch jangan ketinggalan untuk bermain permainan ini.

Antara maklumat yang dikongsikan oleh Sidebar Games adalah :

– Emosi anda pasti akan terganggu! Tetapi anda pasti akan tersenyum sendiri kerana hanya dengan memukul bola golf, pelbagai masalah anda akan ‘selesai’.

– Menjelajah sebanyak lapan peringkat permainan yang unik. Dan semestinya setiap peringkat mempunyai halangannya yang tersendiri termasuk persekitaran di bandar- bandar, orang dan banyak lagi kerahsiaan yang ada.

– Bermain dengan sebuah kisah cerita yang dramatik merangkumi pelbagai watak dan karektor yang hebat- hebat belaka.

– Anda juga perlu meningkatkan tahap pemain golf anda dengan melengkapkan segala cabaran yang mendatang, menyelesaikan puzzle yang ada serta membeli peralatan yang baru.

– Tingkatkan juga set kemahiran anda dengan mod pertandingan klasik yang panjang, disc golf,  mini golf dan lain- lain.

– Kemudian anda perlu teruskan cabaran tambahan kemahiran golf dengan races mowing, menerbangkan dron dan juga geocaching.

Tetapi menurut sumber, tiada lagi tarikh rasmi untuk pelancaran permainan ini namun Sidebar Games mengatakan bahawa perancangan mereka untuk pelancaran Golf Story ini adalah sekitar musim panas ini.

sumber : mynintendonews

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia

Anda juga mungkin meminati artikel lain seperti seperti:

Nintendo Switch : GoNNER Akan Berada Di Pasaran Pada 8 Jun Nanti

SWITCH DIJATUHKAN DARI ARAS KETINGGIAN 1000 KAKI DAN HASILNYA?

Phantom Trigger : Diumumkan Untuk Nintendo Switch, Akan Datang Pada Julai Ini