Berita

Google Telah Membeli Owlchemy Labs, Syarikat Yang Menghasilkan Permainan PSVR Job Simulator

Diolah oleh hang92

Owlchemy Labs, studio yang berpangkalan di Texas dan merupakan pengeluar kepada permainan realiti maya PSVR, Job Simulator dan Rick & Morty telah dibeli oleh syarikat internet raksasa iaitu Google.

Dalam keluaran artikel oleh blog studio berkenaan berkata, “Hari ini merupakan hari yang terbesar untuk Owlchemy. Kami bersedia untuk membina masa depan bersama-sama dengan Google, kami amat gembira sekali.”

No Caption Provided

Owlchemy juga berkata mereka telah merancang untuk membuat bahan-bahan yang berkualiti tinggi untuk kandungan VR khususnya untuk PlayStation VR, Oculus Touch, dan HTC Vive.

Baca juga : 10 TAJUK PERMAINAN PSVR YANG TERBAIK 2016

Syarikat Owlchemy telah ditubuhkan pada tahun 2010 dan dianggotai satu pasukan terdiri daripada empat orang, dan kini mereka telah mempunyai kakitangan seramai 23 orang.

Tajuk permainan yang terkenal daripada syarikat ini adalah seperti permainan Job Simulator iaitu permainan yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut yang telah menaruhkan segala-galanya untuk mencapai populariti seperti sekarang.

Selepas beribu-ribu kali mereka bereksperimen dan mencipta prototaip, mereka telah muncul dengan Job Simulator sempena pelancaran HTC Vive, Oculus + Touch, dan PlayStation VR.

Antara tajuk permainan lain daripada Owlchemy Labs adalah termasuk Jack Lumber dan Dyscourse.

sumber : Owlchemy Labs

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.