Berita

Grafik FIFA 18 Di Nintendo Switch Tidak Mengecewakan Apabila Dibandingkan Dengan Xbox One

FIFA-18-Nintendo-Switch
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Kemasukan terkini dalam siri yang dibangunkan oleh EA Sports, FIFA 18 akhirnya telah dilancarkan hari ini di seluruh dunia.

Sesetengah pemain sudah pasti berasa ingin tahu tentang versi pelancara ke Nintendo Switch dan bagaimana prestasinya berbanding dengan versi di konsol lain.

Satu video baru yang telah dikongsi atas talian baru-baru ini menunjukkan bahawa versi Nintendo Switch tidaklah mengecewakan.

Video perbandingan baru yang boleh anda lihat di bawah, membandingkan versi FIFA 18 di Nintendo Switch dan Xbox One. Walaupun versi Xbox One ternyata paling baik, Nintendo Switch tidak kelihatan jauh berbeza, apa yang mengagumkan versi permainan di Nintendo Switch ini tidak dikuasakan oleh enjin Frostbite.

Penerbit FIFA 18, Adrei Lazarescu, berpendapat membandingkan versi Nintendo Swith dengan PS4 dan Xbox One adalah tidak adil. Beliau juga menggalakkan pemain untuk mencuba versi Nintendo Switch, agar dapat mengalami sendiri kualiti FIFA 18 di Nintendo Switch.

FIFA 18 telah dilancarkan hari ini, 29 September di PC, PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, PlayStation 3 dan Xbox 360.

Sumber: wccftech

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

FIFA 17: Sistem Taktikal Real Madrid Di Pentas Akhir Liga Juara-Juara

FIFA 17 : Sistem Taktikal Massimiliano Allegri Bersama The Old Lady

FIFA 17 : Sistem Taktikal Zinedine Zidane Bersama The Galácticos

FIFA 17 : Sistem Taktikal Mourinho

FIFA 17 : Pilihan Formasi

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia