Ulasan

Gran Turismo: Kenali Polyphony Digital, Studio Yang Membikin Permainan Ini

Diolah oleh hang92

Semua orang tahu bahawa pembikinan sesuatu permainan merupakan pekerjaan yang memerlukan masa kerja yang panjang, dan disudahi dengan malam yang tanpa tidur. Walaupun demikian, pembikin permainan lumba kereta Gran Turismo, iaitu Polyphony Digital mempunyai reputasi sebagai salah satu studio permainan yang paling berdedikasi dan bertanggungjawab.

Objektif mereka untuk menghasilkan simulasi permainan yang realisitik, serta memberi 100% perincian kepada penghasilan permainan ini telah menjadikan studio ini kelihatan begitu gah sekali di pandangan mana-mana penerbit besar permainan

Di dalam video di bawah, anda akan dapat lihat pencipta Gran Turismo, Kazunori Yamauchi membimbing anda ke dalam studio mereka. Lihat video yang berdurasi empat minit di bawah:

Sekarang anda telah melihat kenapa reputasi studio ini betul-betul telah diiktiraf oleh PlayStation sendiri. Anda telah dapat melihat bagaiman etika kerja warga Jepun untuk menghasilkan sesebuah tajuk permainan.

Permainan lumba kerea Gran Turismo akan dilancarkan pada akhir 2017 ini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

Gran Turismo Sport: Akan Dilancarkan Pada September Ini

Stereng Permainan Thrustmaster Gran Turismo Ini Akan Berharga RM 3,400

5 Permainan Yang Menyerupai Permainan Grand Theft Auto

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.