Berita

Gran Turismo Sport: Akan Datang Pada Oktober Ini; Saksikan Video 4K@60 Terbaru

Diolah oleh hang92

Gran Turismo Sport, permainan perlumbaan terbaru daripada syarikat Polyphony Digital ini sepatutnya akan dilancarkan pada tahun lepas, namun oleh kerana beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan, permainan ini di bawa sehingga ke penghujung 2017.

Pada minggu ini, Sony telah mengumumkan permainan ini akan dilancarkan di Amerika Syarikat dan Eropah pada 17 Oktober ini untuk Playstation 4. Permainan ini juga turut disokong oleh Playstation VR.

Sebuah treler baru telah dilancarkan untuk meraikan pengumuman ini, anda boleh saksikan treler tersebut di bawah.

Jika anda membuat pra pesanan permainan Gran Turismo Sport ini melalui PlayStation Store, anda akan mendapat kredit permainan sebanyak $500,000 dan 3 buah kereta termasuk Peugeot 908 HDi FAP, Ford Mustang Gr.B Rally Car, dan Toyota FT-1 Vision GT Gr.3.

Jika ada tertanya-tanya adakah permainan ini akan turut dimainkan di Malaysia? Kami sendiri tidak pasti cuma video treler pada tahun lepas ada dimasukkan latar belakang bandar Kuala Lumpur. Apakah kita bakal saksikan nama Malaysia akan keluar sekali lagi pada permainan eksklusif PS4 ini? Anda boleh saksikan video di bawah.

sumber: wccftech, playstationlifestyle

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.