Berita

Gran Turismo Sport: Memperlihatkan Rakaman Baru Permainan, Mempamerkan Kerosakan Mekanikal

Gran Turismo Sport
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Gran Turismo Sport telah memperlihatkan banyak rakaman baru permainan yang mempamerkan pelbagai aspek. Yang paling menarik adalah anda boleh melihat bagaimana kerosakan mekanikal, terutamanya tayar yang haus dan lusuh yang mempengaruhi perubahan prestasi.

Gran Turismo Sport akan menjadi kemasukan pertama francais siri permainan ini ke PS4. Bersama dengan 177 buah kereta (dengan Porsche menyertai barisan pilihan kereta) dan 19 lokasi yang mempunyai 27 tetapan yang boleh diubah suai.

Para pemain juga akan ditawarkan mod kempen, mod Sports dan mod Arcade. Walaupun cuaca yang dinamik dan kitaran siang-malam tidak disokong, ianya masih boleh ditukar sebelum perlumbaan bermula.

Berikut adalah rakaman baru permainan;

Sony telah mengumumkan bahawa Gran Turismo Sport akan dikeluarkan pada PlayStation 4 September ini.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

Gran Turismo: Kenali Polyphony Digital, Studio Yang Membikin Permainan Ini

Gran Turismo Sport: Akan Dilancarkan Pada September Ini

Stereng Permainan Thrustmaster Gran Turismo Ini Akan Berharga RM 3,400

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.