Berita

Gran Turismo Sport: Sony Telah Mengeluarkan Video Cara Permainan Yang Berdurasi 8 Minit

Diolah oleh hang92

Pada minggu ini, Sony Interactive Entertainment telah mengeluarkan satu rakaman terbaru permainan perlumbaan yang dibuat oleh syarikat Polyphony Digital iaitu Gran Turismo Sport. Di dalam video yang berdurasi 8 minit ini, kita boleh saksikan bagaimana kempen pemain tunggal dan serba sedikit tentang bagaimana cara permainan ini dilakukan.

Jadi apa yang kami rasa paling menarik tentang video ini adalah, bukan perkara yang berlaku di dalam trek, bahkan yang paling menarik perhatian bagi kami adalah di luar trek. Seperti contoh, kami dapat lihat bagaimana paparan menu Gran Turismo Sport untuk lebih memahami apakah mod yang berbeza, cabaran, dan misi-misi yang perlu dilakukan.

Jika anda berminat untuk menyaksikan video tersebut, anda boleh saksikan di bawah.

Gran Turismo Sport akan dilancarkan untuk PS4 pada 17 Oktober kelak.

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan dengan tajuk ini iaitu;

Gran Turismo Sport: Akan Datang Pada Oktober Ini; Saksikan Video 4K@60 Terbaru

Gran Turismo Sport: Memperlihatkan Rakaman Baru Permainan, Mempamerkan Kerosakan Mekanikal

Stereng Permainan Thrustmaster Gran Turismo Ini Akan Berharga RM 3,400

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.