Berita

Gran Turismo Sport Terjual Lebih Baik Daripada Gran Turismo 6, Tetapi Lebih Buruk Daripada 5

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

UKIE telah mengeluarkan carta jualan mingguan untuk United Kingdom pada minggu ini, iaitu tempoh di antara 16 Oktober dan 22 Oktober. Pada minggu ini, nampaknya carta dikuasai oleh permainan terbitan Sony Interactive Entertainment iaitu Gran Turismo Sport.

Permainan ini dijual lebih baik berbanding Gran Turismo asal dan Gran Turismo 6, namun begitu permainan ini jauh ketinggalan dengan penjualan Gran Turismo 5.

Untuk pengetahuan anda, siri kelima francais ini iaitu Gran Turismo 5 dikeluarkan pada platform PS3 dan mempunyai rekod pelancaran terbaik di UK, dengan tiga kali lebih banyak salinan yang dijual berbanding Gran Turismo Sport terkini.

Permainan perlumbaan ini juga berjaya menewaskan permainan yang paling popular di UK, FIFA 18. FIFA 18 turun ke tempat kedua selepas tiga minggu di menduduki tempat pertama.

Berikut adalah 10 senarai permainan terlaris di pasaran UK untuk 16 Oktober ke 22 Oktober

carta

Sumber: DualShockers

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Kesuluruhan Siri Gran Turismo Sudah Terjual Sebanyak 76.90 Juta Salinan Di Seluruh Dunia

Berkas PS4 Gran Turismo Sport Berharga RM 196,790, Datang Dengan Kereta Sebenar

Demo Gran Turismo Sport Sedang Dimainkan Oleh Lebih Dari 1 Juta Pemain

Nissan GT-R Dikawal Menggunakan DualShock Untuk Mempromosikan Gran Turismo Sport

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.