Berita

Gran Turismo Sport: Treler Baru Memperkenalkan Suaikenal, PSVR Dan Banyak Lagi

Diolah oleh hang92

Pada hari ini, Interactive Entertainment telah melancarkan tiga treler baru mengenai permainan perlumbaan kereta oleh Polyphony Digital iaitu Gran Turismo Sport.

Dinaratifkan oleh pemenang GT Academy, Lucas Ordóñez,  Jann Mardenborough,  Ricardo Sanchez, dan Bryan Heitkotter, treler ini melihat daripada pelbagai sudut untuk permainan perlumbaan kereta eksklusif Sony ini.

Video treler pertama menerangkan tentang bagaimana permainan ini dimainkan pada PlayStation VR, dengan si pemandu menerangkan lebih mendalam tentang PSVR dan betapa hebatnya ciri-ciri permaian ini.

Video kedua pula menerangkan tentang bagaimana seseorang pemain boleh mewakili sesebuah jenama kereta atau malah mewakili negara untuk meletakkan mereka di senarai pemain yang dikenali di seluruh dunia.

Selain itu, video treler terakhir pula mungkin adalah video yang paling mengujakan kepada pemain yang menantikan permainan ini, sesi suaikenal, matchmaking dalam mod atas talian, online, akan memadankan anda dengan pemandu yang lain yang mempunyai tahap yang serupa dengan anda.

Akhir sekali, sesi suaikenal ini akan menentukan tahap bagaimana gaya anda berlumba dan perangai anda sewaktu anda di atas talian. Jika anda bersikap baik dan tidak membuat onar maka kemungkinan anda juga akan dipasangkan dengan pemandu yang mempunyai sikap seperti anda. Begitu juga sebaliknya.

Gran Turismo Sport akan dilancarkan pada 17 Oktober ini eksklusif untuk PS4.

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

Gran Turismo Sport: Sony Telah Mengeluarkan Video Cara Permainan Yang Berdurasi 8 Minit

Gran Turismo Sport: Memperlihatkan Rakaman Baru Permainan, Mempamerkan Kerosakan Mekanikal

Apakah Permainan Yang Paling Laris Untuk Tahun 2017, Setakat Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.