Berita

Guardian of the Galaxy: The Telltale Series Episod 2 Akan Dikeluarkan Pada 6 Jun Ini

Diolah oleh hang92

Treler pelancaran untuk episod terbaru siri ini bertajuk Under Pressure telah dikeluarkan. Permainan berepisod Guardian of the Galaxy: The Telltale Series kali ini mengisahkan beberapa jalan cerita dan watak-watak baru yang anda akan bertemu nanti.

Episod kali ini akan mengisahkan Guardian tidak boleh lari daripada masa silam mereka dan mereka perlu memikirkan cara untuk bagaimana mengawal kuasa benda misteri yang baru dijumpai oleh mereka.

Adakah mereka akan mewujudkan ketegangan seperti biasa di antara ahli pasukan?

Marvel’s Guardian of Galaxy: The Telltale Series – Episod Dua “Under Pressure” boleh didapati pada 6 Jun 2017 untuk PlayStation 4. Permainan ini juga boleh dibeli sebagai “full game” dari kedai peruncit fizikal.

sumber : playstationlifestyle

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia

Anda juga mungkin meminati artikel lain seperti seperti:

Marvel Heroes Omega : Membawa Guardians of the Galaxy, X-Men, Avengers, Dan Banyak Lagi Ke PS4 dan Xbox One

Video : Lego Marvel Super Heroes 2 Akan Dilancarkan Pada 14 November

Watak Permainan Yang Dah Boleh Bersara