Berita

Hanya 17% Pemilik Switch Menggunakan Aplikasi Switch Melalui Telefon Pintar

Diolah oleh Along Naz

Seorang juruanalisis pasaran Apps di Sensor Tower mendedahkan laporan yang mana mereka menganggarkan aplikasi Switch telah dimuat turun sebanyak 780, 000 kali semenjak dilancarkan bersama permainan berjudul Splatoon 2 pada 21 Julai 2017 lepas.

Ini bermakna kira- kira 17% daripada pemilik Switch telah memuat turun aplikasi ini. Manakala mereka yang menggunakan sepenuhnya aplikasi ini pula semestinya mempunyai peratusan yang kurang daripada itu.

Hakikatnya, orang ramai sememangnya  sangat kurang menggunakan aplikasi ini. Malah mereka yang menggunakan aplikasi ini juga akan ‘meninggalkan’ komen atau ulasan negatif. Maklumbalas negatif ini juga melibatkan kedua- dua sama ada iOS dan juga android.

Secara statistik, 70% pengguna aplikasi ini memberikan respon dan maklumbalas negatif. Namun perkara sebaliknya berlaku di Jepun di mana lebih 70% pengguna di Jepun memberikan maklumbalas positif dan amat memberangsangkan. Apakah sebenarnya kelainan yang dilihat oleh orang Jepun terhadap aplikasi ini? mungkin akan ada penjelasan lain selepas ini.

Jika anda menggunakan Android, anda boleh muat turun di sini

Jika anda menggunakan iOS, anda boleh muat turun di sini

Jadi bagaimana pula kita di Malaysia? Anda menggunakan aplikasi ini? Positif? Negatif? Boleh kongsikan pengalaman dan pandangan anda bersama kami.

sumber: nintendotoday.com

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.