Berita

Harga Langganan PS Plus Akan Mengalami Kenaikan Di Eropah

Diolah oleh hang92

Sony telah mengumumkan bahawa mereka akan menaikkan harga langganan servis PlayStation Plus di benua Eropah dan juga Australia. Kenaikan harga ini akan bermula hujung bulan Ogos, maksudnya anda perlu membayar lebih untuk memuat turun permainan percuma serta untuk bermain secara atas talian dengan rakan-rakan lain.

Bermula daripada Ogos 31, langganan PS Plus akan berharga sebanyak €60 (~RM302) iaitu kenaikan sebanyak €10 (~RM50). 

Dengan sesi jawab dengan blog permainan terkenal, GameSpot , adakah pasaran US dan lain-lain akan juga mengalami kenaikan harga langganan, Sony menjawab “tiada apa-apa untuk diumumkan setakat ini”

Buat masa ini, langganan untuk PS Plus di Malaysia (R3) adalah Rm129.00 untuk setahun, RM43.00 untuk 3 bulan dan Rm21.00 untuk sebulan.

PS Plus asalnya dilancarkan pada tahun 2010. Sistem ini menawarkan pengguna banyak permainan percuma, diskaun terhadap permainan yang dijual PlayStation Store, dan juga keperluan untuk membolehkan anda bermain secara atas talian.

Untuk mengetahui permainan yang akan ditawarkan pada bulan Ogos ini, anda boleh klik pautan di bawah.

Baca juga: PS PLUS: DAPATKAN LIMA PERMAINAN PERCUMA UNTUK BULAN OGOS 2017

sumber: gamespot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.