Berita

Hellblade: Senua’s Sacrifice Akan Datang Ke PS4 Dan PC Pada 8 Ogos

Diolah oleh hang92

Syarikat pembikin permainan, Ninja Theory telah mengumumkan tarikh pelancaran permainan terbaru mereka iaitu Hellblade : Senua’s Sacrifice iaitu pada 8 Ogos 2017.

Permainan ini akan dikeluarkan untuk PC dan Playstation 4, dan telah dibangunkan sejak 2014. Permainan ini kami rasakan sangat unik kerana hanya sedikit sahaja kualiti yang diperlukan untuk menghampiri sama seperti permainan AAA.

Permainan ini berlatarbelakangkan zaman Vikings, dimana kisah sejarah Celtic dan mitologi Norse banyak mempengaruhi permainan ini.

Anda akan bermain sebagai seorang pahlawan Celtic bernama Senua. Anda akan mengembara di dalam neraka demi berjuang untuk jiwa kekasih anda yang sudah mati.

sumber: bloody-disgusting

BONUS

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.