Berita

Hellblade: Senua’s Sacrifice Diumumkan Boleh Dimainkan Pada PS4 Pro

Diolah oleh hang92

Ninja Theory baru sahaja mengumumkan bahawa permainan Hellblade: Senua’s Sacrifice, sebuah permainan indie tetapi bertaraf AAA, boleh dimainkan pada konsol Sony PlayStation 4 Pro.

Pengguna PS4 Pro akan mempunyai pilihan samada ingin menggunakan resolusi 60FPS bingkai per saat atau menggunakan resolusi yang dipertingkatkan untuk konsol PlayStation 4.

Ninja Theory juga telah melancarkan video treler terbaru untuk permainan tersebut. Anda boleh saksikan video tersebut dibawah.

Hellblade: Senua’s Sacrifice boleh mulai didapati pada 8 Ogos pada PS4 dan juga PC.

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.