Berita

Hellblade: Senua’s Sacrifice – Video 10 Minit Cara Permainan Diperlihatkan

hellblade-senua-sacrifice
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Sekiranya ada sebarang keraguan mengenai Hellblade: Senua’s Sacrifice, ini adalah kerana tiada video yang dikeluarkan setakat ini untuk menunjukkan permainan sebenar permainan ini, tetapi kini IGN kini telah menghilangkan segala keraguan dengan video permainan berdurasi sepuluh minit.

Permainan ini akan dikeluarkan untuk PC dan Playstation 4, dan telah dibangunkan sejak 2014. Permainan ini kami rasakan sangat unik kerana hanya sedikit sahaja kualiti yang diperlukan untuk menghampiri sama seperti permainan AAA.

hellblade-senua-sacrifice-gameplay

Permainan ini berlatarbelakangkan zaman Vikings, dimana kisah sejarah Celtic dan mitologi Norse banyak mempengaruhi permainan ini.

Anda akan bermain sebagai seorang pahlawan Celtic bernama Senua. Anda akan mengembara di dalam neraka demi berjuang untuk jiwa kekasih anda yang sudah mati.

Permainan ini kelihatan hebat dan pasti membuatkan para pemain bersemangat untuk bermain Hellblade: Senua’s Sacrifice yang akan dikeluarkan pada 8 Ogos pada PlayStation 4 dan PC untuk USD29.99(~RM120) dalam format digital.

Sumber: wccftech

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Hellblade: Senua Sacrifice Diumumkan Boleh Dimainkan Pada PS4 Pro

Hellblade: Senua’s Sacrifice Akan Datang Ke PS4 Dan PC Pada 8 Ogos

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.