Berita

Hello Neighbor : Akan Datang Bertegur Pada Xbox One dan PC pada 29 Ogos

Diolah oleh hang92

Syarikat pemaju permainan iaitu Dynamic Pixels dan penerbit tinyBuild Games telah mengumumkan bahawa mereka telah melancarkan permainan seram terbaru, Hello Neighbor pada 29 Ogos 2017.

Apa itu Hello Neighbor? Ia adalah satu permainan seram mengenai misi anda untuk menyelinap masuk ke rumah jiran anda dan cuba untuk menyelongkar rahsia yang tersembunyi di ruangan bawah tanah.

Anda akan menjangkakan untuk berjumpa dengan banyak perangkap dan jerat di rumah jiran anda. Selain itu, jiran anda juga akan memasang kamera CCTV di setiap sudut rumah dia.

Satu video baru cara permainan telah dikeluarkan untuk menjelas bagaimana permainan ini akan dimainkan kelak. Cuba kita lihat video di bawah, permainan nampak macam susah sedikit. Hurmmm

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

HALO WARS 2 ; EKSKLUSIF UNTUK XBOX ONE

Xbox One ; Pengecas Bateri Energizer Dipanggil Semula Kerana Cair

Sony PS4 atau Microsoft Xbox One