Berita

Hidden Agenda: Permainan Esklusif PS4 Bakal Menemui Anda

Diolah oleh Konsol

Akhirnya sidang media yang ditunggu-tunggu oleh semua pada acara E3 2017 ini telah pun dimulakan iaitu sidang media dari pihak Sony.

Pada sidang media kali ini, pihak Sony telah mencuri tumpuan dengan beberapa siri pengumuman.

Antara siri pengumuman yang menarik adalah pengumuman permainan esklusif untuk Sony Playstation 4 yang dinamakan Hidden Agenda.

Permainan ini dibangunkan oleh syarikat yang tidak asing lagi didalam arena permainan video iaitu Supermassive dengan kerjasama pihak Playlink.

Walaupun Supermassive mengatakan permainan ini akan dimainkan seperti mana permainan Until Down, tetapi apa yang membuatkan permainan ini lebih menarik kerana ia mempunyai gimik terbaru iaitu anda mesti mengunakan telefon anda untuk mempengaruhi permainan ini.

Huh! macam mana tu, kami pun masih kurang faham. Tapi tidak apa, sama-sama kita nantikan permainan ini apabila ia dilancarkan kelak.

Saksikan treler permainan ini dibawah

Sumber: GamingBolt

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.