Berita

HITMAN: Muat Turun Secara Percuma Untuk PS4, Xbox One dan PC

Diolah oleh hang92

Anda kini sudah boleh menjadi ketua pembunuh upahan dan yang paling menarik. muat turun permainan ini adalah secara percuma pada konsol PS4, Xbox One dan juga PC.

“Kami berbangga untuk mengumumkan bahawa kami sebagai studio indie untuk menjemput anda semua pemain untuk bermain HITMAN secara percuma. Ramai orang di luar sana menyukai HITMAN dan dengan tawaran ini kami harap lebih ramai lagi orang yang akan menyukai permainan ini. Kami percaya bahawa ini adalah permainan Hitman yang terbaik. Jadi sila muat turun dengan segera! “- Hakan Abrak, Ketua Pegawai Eksekutif Io-Interactive.

Muat turun ini termasuk dua misi cerita, dua Escalation Contract, lebih daripada 40 cabaran, 17 pencapaian dan trofi, dan beribu-ribu misi yang boleh dicipta oleh pemain dalam Contracts Mode .

Dan semua di atas ini boleh didapati secara percuma.

sumber: hitman

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.