Berita

Horizon Zero Dawn: DLC The Frozen Wilds Akan Hadir Pada 7 November Ini

the-frozen-wilds
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Dikeluarkan pada awal tahun ini, Horizon: Zero Dawn menjadi salah satu tajuk yang paling popular untuk tahun ini, dan sudah pasti para pemain kini inginkan lebih banyak pengembaraan dengan Aloy. November ini para pemain boleh menyambung pengembaraan di dalam dunia Horizon: Zero Dawn dengan DLC The Frozen Wilds yang akan datang.

Di laman PlayStation Blog, pembikin, Guerrilla Games, telah mengumumkan bahawa The Frozen Wilds, pengembangan cerita pertama DLC untuk Horizon: Zero Dawn, akan hadir ke PS4 pada 7 November, 2017.

horizon-the-frozen-wilds

Walaupun Guerrilla Games tidak berkongsi terlalu banyak butiran lain mengenai DLC ini, studio itu menjelaskan bahawa pemain boleh menjangkakan kawasan baru untuk diterokai, misteri baru untuk dirungkai dan mesin-mesin yang baru yang lebih berkuasa. The Frozen Wilds akan membawa Aloy ke wilayah utara yang berais.

Sebagai tambahan kepada pengumuman tarikh pengeluaran, Guerrilla Games juga menyatakan bahawa avatar eksklusif Horizon: Zero Dawn  akan tersedia untuk mereka yang melakukan pra pesanan untuk DLC The Frozen Wilds, yang akan dijual pada harga $19.99 (~RM85.60) atau $14.99 (~RM64.20) untuk ahli PlayStation Plus.

Anda boleh melihat penggambaran ringkas pengembangan DLC yang akan datang di bawah:

Horizon: Zero Dawn sudah boleh didapati di PS4, sementara pengembangan DLC The Frozen Wilds akan dikeluarkan pada 7 November, 2017.

Sumber: DualShockers

Anda juga mungkin berminat untuk membaca artikel lain yang berkaitan:

Mengenali Teknikal Horizon Zero Dawn

Sah! Horizon : Zero Dawn Permainan Terlaris Bagi PS4

Mengenali Permainan Horizon : Zero Dawn

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.