Berita

Humble Bundle Telah Diambil Alih Oleh IGN Secara Rasmi

Diolah oleh Konsol

Jika sebelum ini anda pernah membeli beberapa judul permainan video di Humble Store, maka anda adalah salah seorang penyumbang kepada kejayaan Humble Bundle ini.

Pihak IGN telah secara rasmi mengambil alih syarikat disebalik Humbel Store iaitu Humble Bundle pada nilai yang tidak diketahui umum.

Sebelum ini, pihak IGN yang terkenal sebagai salah satu rangkaian media gergasi bagi permainan video dilihat ingin terus mengukuhkan kedudukan mereka sebagai peneraju syarikat media permainan video dengan pengambil alihan terhadap Humble Bundle ini.

Pada mereka yang masih belum mengetahui Humble Bundle, Humble Bundle ialah sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai permainan video bergenre indie yang jauh lebih murah daripada kebiasaannya ia dijual. Para penggemar permainan video sebelum ini boleh mendapatkan permainan mereka menerusi Humble Store.

Dengan pengambil alihan syarikat Humble Bundle ini, ini bermakna pihak IGN kini ialah syarikat yang akan menentukan hala tuju Humble Store selepas ini. Walaubagaimanapun anda semua tidak perlu bimbang kerana pihak IGN telah mengesahkan bahawa Humble Store akan beroperasi seperti biasa dan anda masih lagi boleh membeli sebarang permainan video pada Humble Store.

Mungkin selepas ini, dengan sokongan anda semua terhadap konsol.my, pihak IGN juga akan mengambil alih syarikat konsol.my. Bak kata perpatah “Tuah ayam nampak dikaki, Tuah manusia siapa yang tahu” betul tak?

Sumber: Polygon

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.