Ura-ura

HUNTER’S LEGACY – DICIPTA OLEH PENCINTA KUCING UNTUK PENCINTA KUCING

Diolah oleh hang92

MEOOWWW 

Legacy Hunter menggunakan platform permainan 2D dan dimainkan secara perseorangan di dunia Universe of Something, konsep dunia bersambung yang akan merangkumi permainan yang berbeza.

Permainan ini diilhamkan secara klasik seperti sewaktu kita membesar bermain permainan 2D dahulu kala. Permainan ini direka untuk menyeronokkan pemain dan direka untuk tidak terlalu mencabar pemain — lepak dan tenang

Lord Morodir telah mencuri tangkal yang paling suci, The Fang of Alliance. Kini, Iripur, pekan indah yang didiami oleh satu bangsa kucing, berada dalam keadaan huru- hara. Inilah masanya untuk Ikki bertindak sebagai penyelamat.

Dengan aksi bersama dua bilah pedang, busur dan anak panahnya, Ikki akan menakluk setiap peringkat permainan dan melindungi kerajaannya. Dalam pada itu, Ikki akan menemui potensi sebenar beliau sebagai The Huntress of Un’Amak.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.