Berita

Iklan Bapa Mengamuk Kerana Permainan PS4 Dragon Quest XI Ini Sangat Lucu

Diolah oleh hang92

Sony Interactive Entertainment Jepun gemar melancarkan iklan TV yang sangat lucu.

Terbaru pada hari ini, mereka telah melancarkan iklan untuk permainan Dragon Quest XI, yang bertajuk “amukan terhebat / kesabaran terhebat” dan di dalam iklan ini Yamada berlakon sebagai seorang bapa yang mengamuk di kedai kerana ingin membeli permainan Dragon Quest XI untuk PS4.

Malangnya, apabila sampai di rumah, Yamada tidak dapat menahan dirinya apabila menyaksikan anaknya bermain, dia tidak dapat membezakan dirinya sebagai seorang ayah atau seorang pemain konsol yang tegar.

Anda boleh saksikan video lucu ini dibawah.

Untuk pengetahuan anda, iklan ini bukan yang pertama untuk Yamada sertai untuk permainan Dragon Quest XI. Anda juga boleh saksikan video iklan lucu lain yang pernah dibuat sebelum ini dan dilakonkan oleh Yamada.

Dragon Quest XI akan dilancarkan untuk pasaran Jepun pada 29 Julai ini pada PS4 dan 3DS, tarikh keluaran untuk Nintendo Switch pula akan diumumkan kemudian.

Anda mungkin meminat artikel yang juga berkaitan dengan ini seperti:

DRAGON QUEST XI : Akan Mampu Terjual Lebih Dari Pokémon Sun, Pokémon Moon dan Final Fantasy XV Kata CEO

Dragon Quest XI : Pengawal Pelik / Comel Dikeluarkan Sempena Permainan Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.