Berita

Industri Permainan Akan Lebih Meriah Apabila Nintendo Semakin Kuat, Itu Kata Sony

Diolah oleh hang92

Pencapaian Sony diuji sekali lagi di atas kejayaan Nintendo Switch yang telah menjadi fenomena di seluruh dunia ketika ini. Dengan kenyataan terbaru mereka, Sony menyatakan bahawa mereka percaya kehadiran Nintendo Switch dalam industri permainan adalah “perkara yang baik”.

Presiden PlayStation Eropah, Jim Ryan bercakap penerimaan Nintendo Switch adalah positif kerana masyarakat boleh menerima kehadiran konsol hibrid dan ini adalah sangat baik.

Image result for jim ryan sony

“Nintendo Switch mewujudkan kemeriahan, keseronokan dan sudah tentu Nintendo memberi nafas baru terhadap industri ini” katanya dalam temu bual dengan GameReactor.

“Industri kita akan menjadi lebih baik dan kuat apabila Nintendo juga kuat – Saya percaya.”

Ditanya mengenai kehadiran Xbox One X, Ryan berfikir Microsoft tidak akan mempunyai jalan yang mudah:

“Kami telah berada dalam pasaran konsol sejak tahun lepas dengan PS4 Pro, dan konsol ini dijual dengan lebih cepat daripada yang kami jangkakan – satu dalam lima konsol yang dijual adalah PS4 Pro”

“Sejarah memberitahu kita bahawa apabila sesebuah syarikat menjual dengan harga yang mahal,  kelebihan tidak akan berpihak kepada mereka – terutamanya di Eropah “. (juga di Malaysia bang oi)

sumber: pushsquare

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.