Berita

Injustice 2 : Memperkenalkan Sub-Zero Sebagai Karakter DLC Jemputan

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Penerbit NetherRealm, sememangnya tidak asing lagi dalam memperkenalkan watak jemputan seperti apa yang dilakukan mereka sebelum ini dengan memperkenalkan watak Scorpion. Iaitu watak daripada permainan Mortal Kombat untuk permainan Injustice : Gods Among Us.

Sub-Zero merupakan salah satu daripada tiga watak DLC untuk Injustice 2. Dua watak yang lain adalah Red Hood iaitu anak didik kedua Batman dan Starfire, buangan diraja dari Tamaran.

Seperti yang anda boleh tonton di bawah adalah treler untuk DLC pack ini;

Penerbit Warner Bros. berkata pemain akan mendapat watak Sub-Zero, Red Hood dan Starfire untuk Fighter Pack 1. Enam lagi watak DLC akan diperkenalkan dalam Edisi Ultimate. Namun, Warner Bros. masih tidak mengeluarkan sebarang pengumuman rasmi berkenaan tarikh pengeluaran DLC pack ini.

Injustice 2 sudah berada di pasaran untuk platfrom PlayStation 4, Xbox One, Android dan iOS.

Sumber : eurogamer

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.