Pilihan Kami Ulasan

Injustice 2: Pilihan Gerakan Super Yang Menarik Untuk Dimainkan

Staff Astro
Diolah oleh Staff Astro

Injustice 2 menyediakan jalan cerita sinematik yang paling menarik pernah kami saksikan, watak-watak yang tidak berapa betul, atau dialog semasa di dalam pertempuran. Injustice 2 telah diberi penilaian tertinggi di hati pemain di seluruh dunia.

Jelas sekali perkara yang membuat kita bermain dengan permainan Injustice 2 adalah seni pertempuran itu sendiri. Mekanik pertempuran direka dengan sempurna dan keupayaan watak menjadikan pengalaman bermain sesuatu yang menyeronokkan.

Salah satu perkara yang menarik mengenai watak-watak di permainan ini adalah gerakan super ‘mereka’; Jika kena dengan nasib badan, suatu gerakan kuasa sudah mencukupi mencederakan malah boleh membunuh lawan. Dengan itu, kami senaraikan beberapa pilihan gerakan menarik untuk dimainkan

15. BLACK ADAM

Langkah Adam bermula apabila dia melemparkan lawan ke tanah kelahirannya iaitu Kahndaq. Setelah dilemparkan ke Kahndaq pihak lawan akan ditembungkan dengan piramid, Adam akan terbang meluru ke arah pihak  lawan melalui piramid dan muncul kembali dari bahagian atas piramid. Adam kemudiannya menyeru petir yang kuat untuj menghancurkan pyramid dan kembali ke tempat perlawanan.

14. GREEN ARROW

Kombo gerakan menarik dari Green Arrow bermula dengan anak panah yang melalui sebelah muka pihak lawan dan secara automatik pihak lawan akan mengelak. Tetapi itu adalah cara Green Arrow untuk menipu anda. Anda akan dihempas ke arah anah panah yang mengandungi bom. Dek kerana kesan letupan dari anak panah tersebut anda akan melantun diudara, semasa jatuh ke tanah anda akan ditemani anak panah beku dan Green akan memijak perut pihak lawan. Agak tragis sebenarnya.

13. GREEN LANTERN

Jika dari siri permainan sebelum ini Green akan melanggar anda menggunakan bas tetapi kali ini Lantern akan memanggil kaki robot sebagai serangan pertama dan akan menepuk badan anda seperti roti canai yang baru siap dimasak. Kepala robot tadi akan disambung kepada badan anda dan diakhiri dengan tembakan plasma.

12. CATWOMAN

Catwoman jika dilihat di dalam permainan Mortal Kombat gerakan khasnya hanyalah seperti mematahkan tulang belakang pihak lawan tetapi tidak untuk Injustice 2 kerana ianya lebih kepada serangan ganas. Bermula dengan serangan kaki cakerawala tujuh langit tujuh gunung dan pihak lawan akan diheret menggunakan cemeti sementara Catwoman menunggang motornya. Nampak seperti kes langgar lari tetapi akhir sekali Catwoman akan terbang bersama motornya dan dilepaskan di atas pihak lawan. BOOOOOOMMMMM

11. DEADSHOT

Deadshot merupakan seorang watak yang mempunyai kelebihan bermain dengan senjata api. Deadshot akan memukul kepala anda dengan senapang dan membaling senapang tadi ke udara sementara senapang itu sampai kepadanya, dia akan memukul dan menembak pihak lawan dengan apa yang ada. Sekembalinya senapang tadi Deadshot tanpa perlu pandang ke pihak lawan dengan mudahnya di akan menembak di kepala pihak lawan. HEADSHOT.. I NEVER MISS !!!!!

10. GORILLA GRODD

Gorilla ini antara watak jahat utama di dalam jalan cerita Injustice 2 ini. Grodd akan memukul dadanya tanda seperti marah dan bermula la aktiviti telekinetik dengan ditariknya si pihak lawan dan ditangkap kepala dan dihempas pula ke lantai seperti bermain bola keranjang. Tidak berhenti disitu ditariknya kembalidan RROOOORRRRRRR satu tumbukan hinggap di kepala.

9. HARLEY QUINN

Watak perempuan tidak siuman ini agak menarik untuk gerakan khasnya. Harley akan menunjukkan  dinamit yang sudah dinyalakan lalu dia akan menjatuhkan ke arah anda. Pihak lawan pula akan terpelanting di udara lalu Harley pula mengarahkan dubuk suruhannya dan meratah pihak lawan. Harley akan meluru ke arah anda dan memukul anda dengan kayu bola lisut.

8. BLUE BEETLE

Baju perisai ini mempunyai kelebihan untuk membuat gerakan khas yang cantik. Blue akan mengeluarkan kukunya untuk memotong pihak lawan selepas itu dia akan mengeluarkan penumbuk yang besar untuk disajikan kepada pihak lawan. Selesai menumbuk, tangannya akan berubah kepada senjata menembak, tangannya tadi dicantumkan lalu jadilah satu tembakan pemusnah.

7. POISON IVY

Watak wanita yang menggoda ini agak ganas orangnya. Dia akan menghembuskan serbuk racun di muka pihak lawan dan pihak lawan tadi akan dimakan oleh tumbuhan pemangsa. Selepas dikunyah beberapa kali pihak lawan akan ditarik keluar dari mulut tumbuhan

6. SWAMP THING

Dia akan memasukkan tangannya ke dalam tanah dan pihak lawan akan ditarik ke dalam tanah. Dari tangan Swamp yang kecil tadi tiba-tiba berubah menjadi besar di dalam tanah tesebut, pihak lawan akan ditumbuk ke kawasan sekitar bawah tanah tadi dan dua tangan besar menangkap pihak lawan dan mematahkan badan anda dan selamat datang kembali ke ruang pertempuran.

5. ATROCITUS

Lantern merah ini menggunakan kuasa kemarahannya untuk memusnahkan pihak lawan. Dia akan menikam pihak lawan menggunakan kuku dan menumbuk pihak lawan ke arah batu. Lantern merah ini akan mengeluarkan kerbau merah dan merempuh pihak lawan tadi. Dia akan mengeluarkan lava ke muka anda sebagai pengakhiran gerakan khasnya.

4. SCARECROW

Orang-orang ini mempunyai kelebihan untuk membuat pihak lawan berhalusinasi. Dia akan mengoyakkan ruang medan pertempuran dan burung gagak akan keluar daripada situ. Pihak lawan akan ditarik masuk ke dalam ruang yang dikoyakkan tadi. Scarecrow akan menangkap anda menggunakan cangkuk lalu dihempaskan ke lantai kiri dan kanan.

3. AQUAMAN

Aquaman si pemilik lautan ini akan menggunakan kelebihannya untuk menyempurnakan gerakan khas ini. Aquaman akan menikam dengan lembing bercabang tiganya dan secara tiba-tiba tempat anda bertempur di kawasana yang dipenuhi air. Aqua membawa pihak lawannya ke permukaan air dan menyuruh jerung gergasi untuk menghempaskan. Selesai sahaja mendarat dilantai, Aquaman akan menikam anda sekali lagi .

2. CAPTAIN COLD

Dengan tembakan pihak lawan akan beku dan berada di tengah-tengah kawasan tundra. Semasa pihak lawan berada di tengah-tengah Captain Cold akan menembak anda bertubi-tubi dan mewujudkan tempatnya untuk meluncur. Sampai dipuncak Captain Cold akan menjatuhkan bongkah ais ke atas pihak lawan.

1. DARKSEID (TERBAIK)

Antara watak jahat yang terkuat terdapat di dalam siri DC. Darkseid dengan kuasa mata lasernya akan menoleh ke belakang dan menggunakan laser untuk membawa anda ke ruang angkasa dan melanggar satelit, bulan dan bintang. Pihak lawan akan mendarat di tangan gergasinya lalu dihempas kembali ke ruang pertempuran tadi. YOU WASTE MY TIME. 

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia