Berita

Injustice 2: Treler Sub-Zero Membekukan Adiwira DC Dipertontonkan

sub-zero-injustice2
Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Penerbit NetherRealm, sememangnya tidak asing lagi dalam memperkenalkan watak jemputan seperti apa yang dilakukan mereka sebelum ini dengan memperkenalkan watak Scorpion. Iaitu watak daripada permainan Mortal Kombat untuk permainan Injustice : Gods Among Us.

Kini, antara satu watak yang cukup popular di Mortal Kombat, Sub-Zero akan membuat penampilan di dalam Injustice 2 Julai ini.

Warner Bros telah melancarkan treler terbaru yang menampilkan pertarungan Sub-Zero menentang Batman, Superman dan Wonder Woman. Terdapat juga gerakan penamat Sub-Zero.

Sub-Zero adalah sebahagian daripada Fighter Pack 1 DLC(turut memperkenalkan watar Starfire dan Hood Red) untuk Injustice 2 , DLC ini akan hadir ke Xbox One dan PlayStation 4 pada Julai ini.

Sumber: VideoGamer

Jika anda ada sebarang pandangan jangan lupa untuk kongsikan di bahagian komen atau di Facebook , Twitter ataupun Instagram kami.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.