Ulasan

Jenis Pemain Permainan Yang Perlu Anda Ketahui

Carlos Afifi
Diolah oleh Carlos Afifi

Penyelidik permainan video profesional Richard Bartle telah mengeluarkan satu kertas kajian yang ditulisnya pada tahun 1996. Kajian beliau menjadi satu sumber rujukan untuk mengenal pasti jenis-jenis pemain oleh pengeluar permainan video.

Salah satu pertimbangan utama awal apabila pengeluar permainan video mengeluarkan permainan video adalah mengenal pasti ciri-ciri pemain.

Ciri-ciri pemain yang dimaksudkan di sini adalah perwatakan pemain-pemain permainan video.

Adakah anda tahu perwatakan anda di dalam dunia permainan video?

1- Pencapai (The Achievers)

Mereka ini gemar untuk mendapatkan lencana (badges), ganjaran (rewards) dan mata (points).

Mereka akan bekerja keras untuk mendapatkan barangan, item yang tidak mempunyai nilai sebenar dalam realiti, namun boleh memaparkannya sebagai satu kebanggaan dalam permainan.

Sebagai contoh, lencana yang dapat dipaparkan pada karakter atas talian mereka seperti yang terdapat di dalam permainan Battlefied, Call of Duty dan lain-lain.

2 – Pengembara (The Explorers)

Pemain jenis ini akan fokus kepada penerokaan sehingga mampu untuk merantau jauh sehinnga kehujung “dunia“. Selalu mereka adalah penggemar permainan dunia terbuka (open world).

Tetapi kadangkala mereka ini bukan hanya mengambil faktor geografi sahaja, malah mereka gemar mengkaji dengan secara terperinci unsur mekanik permainan.

Mereka inilah yang pakar dengan teknik dan “glitches” yang terdapat dalam permainan.

3 – Peramah (The Socializers)

Permain ini pula lebih berminat untuk bersosial dengan pemain lain daripada bermain permainan itu sendiri.

Bagi mereka permainan video adalah satu platform sosial yang membolehkan mereka bersosial bersama pemain-pemain lain. Mereka inilah yang selalunya menubuhkan komuniti (clan) untuk permainan video.

4 – Pembunuh (The Killers)

Pemain ini berniat untuk membunuh kesemua pemain yang ada. Pemain ini merupakan pemain yang fokus untuk 1 impian iaitu kemenangan mutlak lalu menjuarai kedudukan teratas dalam ‘leaderboards’.

Mereka juga suka untuk memprovokasi dan mengenakan pemain lain atau dalam kata lainnya trolls’ pemain amatur lain.

Mereka ini sangat kompetitif dan mereka akan mengambil peluang sebaiknya untuk bersaing dan mengalahkan pemain lain.

Rumusan

Adakah kajian yang dilakukan oleh Richard Bartle bertepatan dengan karakter anda sebagai pemain permainan video?

Jika anda kurang pasti anda boleh mengambil Ujian Bartle untuk mengenal pasti karakter anda.

Walau bagaimanapun, ujian ini telah dikritik kerana keputusannya yang tidak tepat atau tidak mencukupi, tetapi ia kekal popular.

Kongsikan dengan kami adakah anda rasa ujian ini tepat? Tinggalkan pandangan anda di ruangan komen.

Like Facebook Konsol.My untuk mendapatkan info terkini tentang permainan video tanah air.