Berita

Johnny Depp Sedang Memproduksikan Rancangan Televisyen Permainan Video

Diolah oleh Konsol

Siapa yang tidak kenal dengan watak kapten Jack Sparrow didalam siri filem The Pirate Of Caribbean lakonan pelakon popular Johnny Depp.

Kebanyakan peminat siri filem ini sangat teruja dengan lakonan bertenaga Johnny Depp dalam menghidupkan watak kapten Jack Sparrow. Boleh dikatakan, rata-rata daripada kita amat suka menonton watak kapten Jack Sparrow ini dengan salingan lawak jenakanya yang membuatkan kita tidak kering gusi apabila menonton filem The Pirate Of Caribbean.

Nampaknya pelakon licik Johnny Depp tidak mahu berhenti sekadar pada watak kapten Jack Sparrow sahaja daripada menghiburkan kita.

Terbaru, pelakon ini sedang dalam pembikinan untuk memproduksikan siri rancangan televisyen terbaru khusus bagi permainan video berdasarkan francais permainan The Secret World.

Walaubagaimanapun, setakat ini tiada lagi sebarang maklumat khusus berkaitan siri televisyen terbaru ini. Tetapi menurut seorang penulis Hook James V. Hart, siri televisyen ini  bakal mengenengahkan jalan cerita berdasarkan permainan video The Secret World yang mempunyai unsur-unsur seram dan pergaduhan.

Tarikh bagi pelancaran siri televisyen daripada produksi Johnny Depp ini juga belum diumumkan secara rasmi oleh pihak meraka. Tetapi kita boleh mengharapkan dimana siri ini akan membuat kemunculannya di kaca televisyen seawal tahun 2018 kelak.

Rumusan

Jika anda seorang peminat Johnny Depp dan siri filem The Pirate Of Caribbean, adakah anda sangat teruja untuk menonton rancangan ini kelak apabila ia dilancarkan?

Jika anda tanya kami, sudah tentu kami teruja, sebab salah seorang daripada kami di konsol.my memang menjadikan Johnny Depp sebagai idola beliau sehinggakan bilik pun penuh dengan poster beserta cadar dan sarung bantal yang dihiasi gambar kapten nakal caribbean itu 🙂

Sumber: GameSpot

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikannya di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.