Berita

Jom Beramai Ramai Menjadi Detektif Di Dalam Permainan Terbaru LA Noire Pada 14 November Ini

Diolah oleh Konsol

Jika anda bercita-cita untuk menjadi seorang detektif, jadi permainan LA Noire ini amat sesuai buat anda. Secara ringkas, permainan LA Noire terbaru ini adalah diinspirasikan daripada permainan LA Noire yang lepas yang dilancarkan pada 2011 oleh pihak Rockstar. Sebelum ini, permainan LA Noire ini hadir pada konsol Playstation 3, Xbox 360 dan juga PC.

Permainan LA Noire ini mengisahkan anda memegang watak sebagai detektif di dalam permainan ini, dimana anda perlulah menyelesaikan kes-kes yang bakal anda terlibat.

Dengan perlancaran permainan LA Noire terbaru ini tidak berapa lama lagi, permainan aksi detektif ini bakal dapat dimainkan oleh setiap peminat siri permainan detektif ini pada Playstion 4, Playstation 4 Pro, Xbox One dan juga PC.

Sempena perlancaran permainan ini tidak lama lagi, pihak Rockstar turut mempertontonkan video trailer terbaru permainan LA Noire ini yang menunjukkan bagaimana permainan ini dimainkan pada Playstation 4 Pro dengan resolusi 4k. Daripada video di bawah, dari segi grafik dan latar belakang, ia memang nampak amat mengagumkan.

Jom kita saksikan video trailer terbaru permainan LA Noire ini dibawah.

Jadi jika anda ingin memainkan ia kelak, silalah tandakan kalender anda pada 14 November 2017 ini dan jadi antara orang terawal memainkannya.

Sumber: Gamespot

Anda mungkin berminat untuk membaca artikel berkaitan seperti ini di konsol.my

[Ura-Ura] LA Noire ‘Remaster’ Dengan Sokongan VR dan Pandangan Orang Pertama

L.A. Noire Akan Datang Ke Switch, PS4 Pro, Xbox One dan VR November Ini

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.