Android & iOS

Jom Bermain Gun Royale – Permainan Ala Player Unknown’s Battleground (PUBG) Di iPhone

Diolah oleh Konsol

Semenjak dua menjak ini, permainan pertempuran berkelompok 100 orang pemain seperti Player Unknown’s Battleground (PUBG) tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Perkara ini tidak memeranjatkan kerana lihat sahaja kepada populariti permainan Player Unknown’s Battleground (PUBG), tentu ramai pengeluar permainan akan berlumba-lumba untuk menghasilkan permainan seumpama Player Unknown’s Battleground (PUBG) ini.

Terbaru, satu lagi permainan yang menggunakan konsep yang sama seperti PUBG telah dilancarkan khas untuk platform telefon pintar iaitu Gun Royale. Permainan Gun Royale ini akan mempunyai cara permainan seumpama PUBG, tetapi ia telah direkabentuk untuk lebih sesuai dengan pengalaman pengguna (UX) dan antaramuka (UI) yang lebih mesra telefon pintar anda.

Buat masa ini, permainan Gun Royale ini hanya dilancarkan bagi platform iPhone (iOS), tetapi ia juga bakal dilancarkan bagi platform telefon pintar Android kelak.

Tanpa membuang masa, mari kita lihat video dibawah untuk lebih mengenali permainan Gun Royale ini.

Bagi anda yang ingin mencuba permainan ini, anda boleh muat turun ia pada pautan dibawah. Tetapi itu pun jika anda menggunakan telefon pintar bangsawanlah.

Selamat Mencuba 🙂

Muat turun permainan Gun Royale bagi iPhone disini: Gun Royale iPhone

Sumber: toucharcade

Ada apa-apa maklumat yang kami terlepas? Kongsikan pendapat anda di Facebook Twitter ataupun Instagram kami.

LIKE dan SHARE Facebook Konsol.My jika anda menyukai info terkini tentang permainan video di Malaysia.